top of page

PENGELUARAN KWSP (AKAUN 2)

Dokumen Diperlukan

  • Borang Pengeluaran KWSP 9C yang telah lengkap diisi

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Sijil nikah (bagi permohonan bersama)

  • Kontrak Perjanjian Pembinaan diantara pemohon dengan Kontraktor

  • Surat Kelulusan Pinjaman dari pihak pembiayaan (jika ada)

  • Surat Akuan Sumpah (mengenai pembiayaan lain) untuk membina rumah

  • Suratan Hakmilik Tanah (Geran Tanah) di atas nama ahli atau pasangan ahli (suami/isteri)

  • Surat Kelulusan pembinaan rumah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – jika harta dalam kawasan Majlis Bandaran

  • Surat Pengesahan pembinaan rumah dari Ketua Kampung / Penghulu / JKKK jika harta bukan dalam kawasan Majlis Bandaran

  • Pelan rumah

  • Bukti bayaran tidak kurang dari 20% daripada harga kontrak ( invois / resit / surat pengesahan dari kontraktor)

  • Pelan lokasi tapak pembinaan

  • Gambar progress semasa pembinaan rumah

Info & Tips

S : Saya mempunyai sebidang tanah tetapi nama di dalam geran tanah tersebut ialah nama bapa saya yang belum ditukar milik, bolehkah saya memohon pengeluaran KWSP untuk tujuan membina rumah?

J : Tidak boleh. Hanya nama di dalam geran tanah sahaja dibenarkan memohon pengeluaran KWSP bagi tujuan pembinaan rumah

 

S : Isteri saya mempunyai sebidang tanah dan didaftarkan atas nama beliau. Bolehkah saya sebagai suami memohon bersama pengeluaran KWSP?

J : Boleh, KWSP membenarkan pasangan memohon bersama dengan disertakan SIjil Nikah sebagai bukti pertalian.

 

S : Bolehkah saya memohon pengeluaran KWSP bagi tujuan ubahsuai rumah (renovation)

J : Tidak boleh, KWSP hanya membenarkan pengeluaran bagi membina rumah baru sahaja

 

S : Bolehkah saya memohon pengeluaran KWSP bagi tujuan pembinaan rumah kedua saya

J : Boleh, dengan bersyarat iaitu disertakan bukti penjualan rumah pertama yang dibina melalui pengeluaran KWSP

© 2016 by FJ IBS TECH (M) SDN BHD

bottom of page